Flash News
Mail Instagram Pinterest RSS

Puad Zarkashi: Simptom LGBT harus didedah kepada ibu bapa dan guru


GEORGE TOWN - Simptom Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) harus didedahkan kepada ibu bapa dan guru bagi menangani gejala itu dalam kalangan remaja, terutama yang masih belajar.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata tidak ramai dalam kalangan masyarakat yang memahami atau mengenali simptom LGBT, khususnya tanda-tanda awal terjebak.

"Sudah sampai masanya isu LGBT ini dibincang secara terbuka dan tidak dianggap sebagai 'taboo'," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Keibubapaan Dalam Menangani Isu LGBT, di sini hari ini.

Katanya Kementerian Pelajaran memandang serius isu LGBT dan tidak mahu gejala itu bermula dari alam persekolahan yang akan membawa masalah lebih besar jika tidak dibendung.

"Di negara kita sudah ada tanda-tanda seperti sokongan pihak tertentu terhadap gerakan Seksualiti Merdeka di mana objektifnya mempertahankan golongan LGBT atas dasar hak asasi manusia," katanya.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak terutama ketika melayari Internet, agar tidak terpengaruh dengan laman sesawang atau media sosial yang digerakkan kumpulan penyokong LGBT. 

- Bernama

0 comments:

Post a Comment