Pada 30 Mei 2015, SKDD2, telah menjalankan aktiviti mencantikan bilik darjah bersama ibubapa. Sambutan sangat kurang memuaskan kerana ramai ibubapa yang tidak dapat hadir ke sekolah.
Walaubagaimanapun, ucapan terima kasih yang tak terhingga bagi ibubapa yang sanggup menyumbangkan peralatan dan kewangan, serta hadir membantu membersihkan bilik darjah, mengecat dinding, memasang langsir, memasang alas meja, menghias papan notis bagi menambah keceriaan kelas anak-anak kita.
Penghargaan yang tidak terhingga juga bagi guru-guru kelas yang sanggup mengeluarkan duit sendiri bagi memberi keselesaan kepada anak-anak kita. Jasa mu guru, amat kami hargai.
Tak lupa juga, bagi ibubapa dan guru yang bertukus lumus membersihkan kawasan sekolah agar sentiasa bersih dan selamat dari persekitaran yang tidak sihat.
Kami berharap, agar dimasa akan datang, penglibatan ibubapa akan dapat dipertingkatkan supaya kita bersama-sama menjadikan sekolah kita sebagai salah sebuah sekolah yang dapat menjadi contoh yang terbaik dan terbersih.
0 comments:
Post a Comment