Flash News
Mail Instagram Pinterest RSS

ADUAN: Guru selalu tidak hadir


Nama Ibu/bapa/Penjaga: Elyzer Aznie Roslay - (Wakil Ibubapa-yang menerima aduan)
Nama Murid:Syaiful Muhammad Irfan 
Kelas:4 Cerdik










Aduan: 

Saya menerima banyak aduan  dari ibubapa pelajar, mengenai ketiadaan guru yang terlalu kerap berlaku di sekolah. Ada ibubapa yang merungut prestasi pembelajaran anak-anak mereka terganggu kerana guru selalu tidak hadir atau menghadiri kursus. 


Saya sebagai wakil, memahami kementerian banyak membuat pengubahsuaian teknik dan sistem pelajaran yang menyebabkan guru-guru terpaksa dihantar kursus berulang kali. Tetapi, berbalik kepada matlamat sekolah yang terpilih menjadi sekolah berprestasi tinggi, tidak harus memandang ringan isu ini. 

Jika diteliti sejak beberapa tahun lepas, memang tidak dinafikan kerajaan terus menerus menukar sistem pendidikan. Dan kita yang sedia maklum keadaan ini, sepatutnya dapat mencari inisiatif sendiri bagi mengatasi masalah seperti ini.

Penyelesaian:

1)Saya tidak pasti samada kursus guru-guru tidak dapat diatur oleh sekolah atau tidak. tetapi, sekiranya boleh, sila atur kursus dan guru ganti sebaik mungkin supaya tidak mengganggu prestasi pelajar.

2) Penggantian kerja rumah sebagai latihan tambahan  bersama ibubapa sekiranya guru tidak dapat hadir bagi mengelakkan 'fast forward class' untuk menghabiskan silibus.

Saya sebagai wakil ibubapa, berharap pihak sekolah dapat memberi penjelasan yang lebih bernas agar kami dapat memahami dan membantu menyelesaikan masalah ini dimasa akan datang. 

Terima Kasih.





0 comments:

Post a Comment