-
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media bertarikh 28 September 2015 telah mengumumkan format baharu peperiksaan pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2016 Perkara itu merupakan format baharu bagi peperiksaan UPSR yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Ia selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT)
Berikutan itu, calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) akan memiliki enam hingga lapan gred dalam keputusan UPSR berbanding sekarang lima hingga tujuh gred atau bergantung pada jumlah mata pelajaran yang diambil
Meskipun dengan format baharu, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan berpusat seperti tahun-tahun sebelumnya Bagi mereka yang mahu mendapatkan keterangan lebih lanjut ataupun meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh berbuat demikian dengan melayari atau klik judul pautan Format Dan Instrumen Contoh UPSR 2016
Pautan Sumber: mysumber.com
-
KUALA LUMPUR: Modul ‘Bina Bangsa’ yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan di semua sekolah rendah pada tahun hadapan, akan membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) serta sekolah-sekolah vernakular.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata program bersama itu akan menyaksikan penyertaan semua pelajar sekolah rendah, tidak kita dari SK atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
“Saya sebut sebagai permulaan kita wujudkan program bersama antara SK dan sekolah vernakular.
“Himpunan pelajar salam program itu adalah untuk semua sekolah (rendah). Itu maksud saya,” katanya dalam satu mesej pesanan ringkas kepada Astro AWANI pada Khamis.
Mahdzir berkata demikian semasa menepis kenyataan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mempersoalkan keperluan untuk modul berkenaan diperkenalkan bagi sekolah rendah vernakular apabila pendaftaran golongan bukan Bumiputera di sekolah kebangsaan berada pada paras yang rendah, buat masa ini.
Zairil, di dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, sekolah kebangsaan sebenarnya kini lebih didominasi satu bangsa berbanding dengan sekolah vernakular, terutamanya sekolah Cina.
Zairil yang juga jurucakap Parlimen DAP bagi Pendidikan, Sains dan Teknologi turut menegaskan bahawa hanya dengan mencadangkan sekolah vernakular perlu menjalani program ini, ia memberi gambaran bahawa sekolah-sekolah vernakular adalah penghalang kepada perpaduan negara.
Beliau menambah, daripada meletakkan sistem pendidikan pelbagai aliran di Malaysia sebagai penghalang perpaduan, kementerian itu harus melihat nilai-nilai yang disampaikan serta kualiti pendidikan sedia ada, terutama di sekolah kebangsaan.Baru-baru ini dilaporkan bahawa modul 'Bina Bangsa' akan diperkenalkan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan bagi menangani kekurangan interaksi antara kaum di kalangan pelajar.
Menurut Mahdzir, kurangnya kemasukan pelajar bukan Melayu di sekolah kebangsaan adalah kerana kewujudan sekolah-sekolah vernakular. -
KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran merancang melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menjelang 2017.Kurikulum sekolah di kedua-dua peringkat rendah dan menengah akan disemak semula bagi menerap gabungan ilmu dan kemahiran yang seimbang seperti fikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan.Kurikulum baru itu juga akan menyokong jalur pembelajaran yang dipertingkat untuk pelajar berprestasi tinggi menyelesaikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam masa empat dan bukan lima tahun, dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam masa lima dan bukan enam tahun.Ini terkandung dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.Ia dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran di majlis itu.Ketika membentangkan dokumen itu, Muhyiddin berkata: "Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring pelaksanaan kurikulum baru."Sebagai contoh, UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi (higher-order thinking questions)." -Bernama -
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Bahasa Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 - Ringkasan Eksekutif - Bahasa Malaysia
Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - English
Malaysia Education Blueprint 2013-2025 - Executive Summary - English -




















