
Semua sekolah di Kuala Lumpur,
Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup.
Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Datuk Seri
Mahadzir Khalid yang dimaklumkan oleh timbalannya P Kamalanathan melalui
Twitter sebentar tadi.
Arahan itu dikeluarkan ketika kualiti udara akibat jerebu
bertambah buruk.
Setakat jam 11 malam ini, Indeks Pencemar Udara menunjukkan
kualiti udara di Kuala Selangor mencecah paras bahawa dengan 207 mata. Manakala
di tempat lain dalam lingkungan 170.
Bacaan terburuk di Negeri Sembilan mencatatkan angka 200 di
Nilai; Melaka 193; Kuala Lumpur 192 dan Putrajaya 182.
Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2, telah terpilih menjadi salah satu sekolah Berprestasi Tinggi bagi Zone Tengah . Bagi Ibubapa yang belum memahami maksud Sekolah Berprestasi Tinggi(SBT), Sila rujuk penerangan dibawah.
DEFINISI
SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak,
identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.
Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang
dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan
serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan
masyarakat.
Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah
dalam Sistem Pendidikan Malaysia adalah untuk:
1. Mengangkat Kualiti Sekolah-sekolah Terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap
autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan
(contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum,
pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
2. Menghasilkan Murid Cemerlang
Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya
dapat melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan terbaik di dunia dan
seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang
diceburi.
3. Merapatkan Jurang Antara Sekolah-sekolah Dalam Sistem
Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan
kecemerlangan ke tahap yang lebih tinggi melalui penandaarasan,
bimbingan dan jaringan dengan SBT.
PEMILIHAN
1. Saringan Pertama
Sekolah yang berada dalam Band Satu (1), iaitu sekolah
rendah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 85 peratus (%), dan
sekolah menengah yang mendapat skor komposit sekurang-kurangnya 90
peratus (%) wajib mengisi Borang Pencalonan Pengiktirafan SBT (BPP-SBT). Skor
komposit merupakan 70% Gred Purata Sekolah (GPS) dan 30% Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia (SKPM). Sekolah akan disenaraikan mengikut skor komposit
dan markah dalam BPP-SBT.
2. Saringan Kedua
KPM akan memilih sekolah yang layak daripada Band Satu (1) untuk dinilai
dan diverifikasi dengan Instrumen SKPM dan Annex-SBT oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK). Annex-SBT akan menilai lima (5) ciri kecemerlangan dan
keunggulan sekolah iaitu personaliti unggul, anugerah diterima, jalinan,
jaringan dan penandaarasan.
3. Saringan Ketiga
Sekolah yang telah diverifikasi oleh JNJK disusun mengikut markah
penarafan SKPM dan Annex-SBT. Hanya sekolah yang mendapat skor
sekurang-kurangnya 90 peratus (%) dalam penarafan SKPM yang telah diverifikasi
oleh JNJK dan skor sekurang-kurangnya 40 peratus (%) dalam Annex-SBT akan
diambil kira. Jawatankuasa Pemilihan akan memilih sekolah yang layak untuk
diiktiraf sebagai SBT.
4. Ganjaran
Sekolah yang menerima pengiktirafan SBT diberi peruntukan khas,
insentif dan latihan untuk pemimpin, guru dan Anggota Khidmat Pengurusan
(AKP). Pihak pengurusan sekolah juga diberi autonomi dalam aspek:
- pengurusan kurikulum; pengurusan kewangan; pengurusan sumber
manusia berdasarkan prestasi; dan pemilihan murid.
Panduan Cara Permohonan Murid Tahun 1
2. Setelah melengkapkan permohonan
secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan
senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan
dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan
disahkan oleh pihak sekolah
3. Mulakan proses permohonan
melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu
pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau
Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status
Orang Kelainan Upaya (OKU) Semakan nama sekolah dan di daerah mana
sekolah dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama
sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php
4. Sila masukkan data Maklumat Pemohon
dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan Tarikh
Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen
kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang
diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila semak semua maklumat
yang dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan
modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan
cetakan borang.
5. Sistem akan menggunakan no
Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan
simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap. No Pin diperlukan
bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada
masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat
pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.
6. Pemohon hanya perlu menghantar satu
(1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat
untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat
pindaan seterusnya.
7. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba
capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan
pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku
kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
8. Permohonan yang tidak lengkap atau
maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
Pemohon Hilang No Pin dan Mengalami
Masalah Pendaftaran Online
Pemohon yang kehilangan No Pin atau
menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk
kepada sekolah yang dipohon. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak
ketika membuat urusan tersebut.