Tips menjadi ibubapa cemerlang. Anak anugerah Allah. Kehadirannya
dinanti, celotehnya menggamit hati. Menjadi penghibur pasangan suami isteri.
Sebagai ibubapa, kita semestinya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk
anak-anak. Kita sanggup buat apa sahaja demi anak-anak. Namun, kerana kesibukan
mencari rezeki dan keselesaan hidup, adakalanya kita terlepas pandang banyak
perkara penting. Sedar-sedar, anak-anak dah besar tanpa perhatian yang
secukupnya daripada kita. Masanya masih belum terlambat, untuk kita memberikan
yang terbaik untuk anak-anak. Saya kongsikan 20 tips menjadi ibubapa cemerlang
untuk melahirkan anak-anak yang gemilang terbilang.
10 tips menjadi ibubapa cemerlang
Bukan mudah untuk mendidik anak menjadi yang cemerlang.
Cemerlang. Jangan kita sempitkan hanya dalam skop pelajaran semata-mata.
Cemerlang bukan sekadar diukur dengan jumlah A yang anak-anak kita dapat.
Markah ujian dan peperiksaan jangan dijadikan kayu ukur utama kecemerlangan
anak-anak. Saya rasakan, ini tidak adil. Anak-anak dilahirkan penuh variasi dan
kehebatan masing-masing. Untuk mencari nilai sebenar anak-anak, tanggungjawab
ini pastinya dipikul ibubapa.
Ayuh, sama-sama kita baca dan hadami 20 tips menjadi ibubapa
cemerlang. Tips ini khas saya tujukan buat diri sendiri. Bukan sekadar
penceritaan biasa, malah menjadi tonik untuk saya dan anda semua menjadi
ibubapa yang terbaik untuk anak-anak. InsyaAllah.
1. Namakan anak dengan nama baik – Dah
jadi trend semasa, anak-anak diberi nama yang extravaganza. Tak salah, tapi
biarlah ada makna yang baik. Dah namakan dengan nama yang elok, panggillah juga
dengan nama penuhnya. Kalau Muhammad, jangan panggil mamat!
2. Pelukan setiap hari
– Pelukan/mendakap anak-anak penting. Memang terbukti boleh buat IQ dan EQ
anak-anak lebih kuat dan positif. Mereka lebih rasa disayangi dan dihargai.
Sebelum tidur dan bangun tidur. Peluklah anak-anak anda dengan penuh kasih
sayang.
3. Cara pandangan –
Cara kita pandang anak-anak juga penting. Anak-anak ni suci bersih. Mereka tahu
menilai setiap gaya pandangan kita. Pandanglah anak-anak dengan penuh belas dan
pandangan kasih sayang. Moga-moga, apa yang tergambar dalam mata anak-anak
ialah pandangan redup ibubapa yang menenangkan jiwa. Yang diingati dan dirindui
setiap masa.
4. Puji anak –
Kita yang dewasa pun sukakan pujian, apatah lagi anak-anak. Anak-anak lebih
mudah dipuji. Pujian berbentuk pelukan, kata-kata semangat, ciuman, hadiah dan
lain-lain mampu membuatkan anak kita rasa dihargai dan diberi perhatian. Saya
yakin, bukan hadiah mahal yang anak-anak pinta, cukup sekadar kita belikan
mainan murah, pasti terpancar rasa gembira bila mereka menerimanya.
5. Jangan terlampau
berharap – Adakalanya kita mungkin sentiasa mengharap yang terbaik daripada
anak-anak. Kita kena sedar dan berfikiran logik, anak-anak ada juga masanya tak
konsisten dalam banyak hal. Sama macam kita juga. Teruskan mendidik anak-anak
kita dengan penuh kesabaran. Memang perlukan kesabaran yang tinggi. InsyaAllah,
berkat sabar ni akan membuahkan hasil yang manis. Kalau bukan di sini,
insyaAllah di sana nanti.
6. Bijak buat pilihan
– Biasanya, kita tersilap buat keputusan. Contohnya, jika ada masalah di
tempat kerja dan juga masalah keluarga, pilihlah untuk selesaikan masalah
keluarga terlebih dahulu. Keluarga berhak berada dalam pilihan nombor satu
kita. InsyaAllah, keluarga kita aman, kita kerja pun lebih bersemangat dan
komited.
7. Jangan mengeluh
– Saya akui, membesarkan anak-anak ni memang penuh cabaran dan dugaan. Memang
penat dan pelbagai perasaan lagi. Saya nasihatkan diri saya sendiri, perkara
yang perlu kita jaga ialah jangan kita mengeluh atas dugaan dan cabaran yang
kita hadapi. Lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak. Sama-sama kita pohon dikurniakan
kesabaran untuk membesarkan anak-anak.
8. Dengar cerita
anak-anak – Sampai masanya, anak-anak memang suka bercerita itu dan ini.
Belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia. Banyak yang boleh kita selit
untuk menjadikan anak kita bercakap dengan baik. Masa inilah untuk kita
betulkan apa sahaja perkataan yang kurang elok yang ditutur anak-anak. Bagus
juga bila kita dapat disiplinkan anak-anak tentang keutamaan bila bercakap.
9. Sentiasa ada untuk
anak – Menjadi pendengar yang setia. Anak-anak ni, memang macam-macam
perangai. Anak sulung lain perangainya. Anak kedua lain perangainya. Kita
ibubapa yang cemerlang harus sentiasa aa masa untuk anak-anak. Cari masa untuk
dengar cerita anak walaupun hanya cerita dia main warna-warna di sekolah!
10. Tunjuk cara untuk
tenangkan diri – Kita kadang-kadang cepat kalut dan panik dalam menghadapi
permasalahan. Kita harus sedar, anak-anak adalah peng’copy-paste’ terbaik yang
ada dalam dunia. Setiap tindakan kita menjadi model untuk anak-anak. Maka,
wajar sekali kita sendiri tunjukkan contoh terbaik untuk menghadapi tekanan dan
masalah.
Inilah antara senarai tips menjadi ibubapa cemerlang.
Menulisnya memang mudah, namun melaksanakannya secara konsisten memang
benar-benar memerlukan kekuatan dan kerjasama antara suami isteri. Saya juga
masih banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Ayuh, bersama kita
wujudkan sebuah rumahtangga yang benar-benar menepati ciri-ciri Rumahku
Syurgaku.
Bagaimana mungkin impian ini dicapai seandainya anak-anak
kita lebih ‘sukakan’ pembantu rumah? Sama-sama kita fikir dan hadami bersama.
Moga ada kebaikan dan Semoga anak-anak Abah, Kakak dan Adik menjadi anak soleh
solehah.
Apakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr
Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
1.
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat
dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
2.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan
bahawa:
§
kita ingat 10% apa yang dibaca
§
kita ingat 20% apa yang didengar
§
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
§
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
§
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3.
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4.
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja
rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar
seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
5.
Belajar dalam persekitaran kondusif.
§
pastikan cahaya adalah terang
§
kurangkan gangguan bunyi
§
tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat
belajar
§
tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
§
kerusi dan meja menghadap kiblat
§
jangan lupa untuk senyum
6.
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari
rakan.
7.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu
belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat
dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang
difahami, dan jawab soalan.
8.
Tahu teknik merangsang memori:
§
memasukkan maklumat dalam memori (registration)
§
menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
§
mengingat kembali (recall)
§
menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
(application)
9.
Sentiasa awal dan mendahului:
§
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi
tanggapan yang positif pada guru.
§
pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat
mengekalkan kejayaannya.
§
belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
§
untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2
kali sebelum guru mengajar.
10.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
11.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
§
duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
§
memberikan tumpuan sepanuhnya
§
menggunakan jari telunjuk untuk membaca
§
menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
12.
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan
kosong, bertangguh & malas.
13.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang,
sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
14.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according
to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai
untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air
panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
17.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas
belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18.
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting
sebelum peperiksaan.
20.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22.
Tahu petua mengulang kaji:
§
cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
§
siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
§
duduk tegak dikerusi yang selesa
§
baca doa penerang hati
§
baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
§
fikir dan ingat kembali isi utama
§
catat/lakar
§
semak semula ketepatan maklumat
§
ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
§
buat rumusan
§
jawab soalan
§
tampal maklumat yang rumit di dinding
§
baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti
membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
24.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
§
jangan makan kepala ikan
§
jangan makan organ dalaman
§
jangan minum semasa makan
§
jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
§
jangan melihat kemaluan
§
banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe,
tauhu dan lain-lain
§
banyakkan makan kismis, kurma dan madu
§
banyakkan makan kekacang
§
pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
§
jangan makan sehingga terlalu kenyang
§
jangan kencing berdiri
25.
Tahu kemahiran mengingat:
§
tampal nota-nota penting di dinding
§
tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau
rajah
§
gunakan kaedah akronim
§
reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
§
pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26.
Cekap mengatur jadual belajar:
§
mempunyai jadual belajar
§
patuh kepada jadual
§
buat jadual yang boleh diikuti
27.
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan
peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan
perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang
lebih arif.
29.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu
hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri
masa.
31.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32.
Pelbagaikan tempat belajar.
33.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru
apabila tidak faham
34.
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan
isi penting dan sebagainya.
35.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
§
taat kepada Allah
§
mendirikan sembahyang
§
menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
§
hormati & sayangi guru
§
bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai
kecemerlangan.
§
suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
§
membantu rakan yang memerlukan
§
berdoa dan bersyukur kepada Allah
§
sentiasa bertawakal
§
mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita
juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan
tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan
semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)
Lagi tip-tip berguna untuk pelajar: