Flash News
Mail Instagram Pinterest RSS

IDEA: Menjalankan Kelas Kemahiran oleh Ibubapa




Nama: Pn Elyzer Aznie Roslay
Murid : Syaiful Muhammad Irfan
Kelas: 4 Cerdik

Cadangan:

Melalui pembacaan saya, antara sebab Negara Jepun menjadi negara yang berteknologi tinggi adalah kerana sistem pendidikan yang menitikberatkan pembelajaran kemahiran, rekabentuk dan kejuruteraan diperingkat awal.

Saya ingin mencadangkan, PIBG mengadakan kelas kemahiran yang di konduk oleh pihak ibubapa yang berkemahiran tinggi agar dapat berkongsi bersama murid-murid di SKDD2.

Kertas Kerja:

1) kelas hanya akan di adakan sekiranya, minimum pelajar mendaftar.
2) Bayaran akan dikenakan sekiranya melibatkan peralatan yang melibatkan kos yang tinggi
3) Terbuka kepada ibubapa dan murid sekolah.
4) Ibubapa yang berminat untuk bekerjasama, boleh mencadangkan jenis kemahiran yang ingin dikongsi.

Contoh Kelas/ senario yang dicadangkan:

A) kemahiran ICT-Penyuntingan video

Tujuan:

Para pelajar akan dilatih untuk bekerja dan berkomunikasi secara berkumpulan. Di samping itu, pelajar akan mahir dalam keseluruhan proses penyuntingan video hingga ke proses memuat naik (upload) ke laman sosial.

Pelajar perlu mendapat pendedahan pebagai kemahiran supaya dapat menjadi perintis yang tidak ketinggalan dalam era moden yang bergerak dengan begitu pantas.


Aktiviti :

1) pelajar akan di bahagikan kepada beberapa kumpulan.
2) pelajar diberi tema penggambaran video yang akan di adakan dan perlu mendapatkan rakaman yang sesuai bagi tema tersebut
3) menggunakan rakaman video yang telah ada, pelajar perlu membincangkan jalan cerita serta info yang perlu dimasukkan,
4) Menggunakan perisian yang sesuai, pelajar akan menggabungkan unsur2 seperti video, teks, audio, dan sebagainya.
5) Hasil Video akan dimuat naik (upload) sendiri oleh para pelajar ke youtube.

Senario  TAMAT...


Selain contoh diatas, ada beberapa contoh kemahiran yang boleh dikongsi seperti:

- Rekabentuk sains- fizik atau biologi
- sulaman atau jahitan- knitting, cross stich,
- Computer-ms Office. image processing, develop blog, video, audio, multimedia
- dan sebagainya...


Sebagai ibubapa, saya tidak keberatan menyumbang tenaga dan kemahiran saya untuk memajukan sekolah dan murid-murid. Selain Guru, ibubapa merupakan pendidik yang berkebolehan untuk menjadikan anak-anak insan yang cemerlang dan gemilang

0 comments:

Post a Comment