Pihak PIBG sangat mengharapkan agar keluarga yang belum
menjelaskan Yuran PIBG membuat bayaran secepat mungkin.
Sebagai sebuah sekolah yang masih baru, masih banyak peralatan
yang perlu dibeli seperti:
- Penambahan
paip sekitar sekolah
- Pembaik
pulih kerosakan instrastrktur seperti tandas, lampu, dan sebagainya
- Kemah
untuk perkemahan unit-unit beruniform
- Baju
sukan untuk wakil-wakil sekolah
- usbahsuai
bilik bacaan
- naik
taraf perpustakaan..
dan banyak aktiviti yang memerlukan sokongan kewangan yang
tinggi.
Seramai 60% keluarga yang masih belum menjelaskan yuran yang hanya
berjumlah RM30. Oleh itu, kami pihak PIBG terpaksa mengurangakan bantuan kepada
pihak sekolah berikutan masalah ini.
Masalah ini juga berlaku bagi pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR. Ramai antara mereka yang tidak membayar yuran bagi pihak sekolah membeli sumber-sumber bantuan serta medapatkan tenaga motivasi yang dapat membantu menaikkan prestasi dan kecemerlangan para calon UPSR. Walaupun PIBG menghadapi krisis kewangan. tetapi PIBG masih menghulurkan dana peruntukan bagi membantu calon-calon UPSR.
Pihak sekolah dan ibubapa adalah seperti keluarga yang harus saling membantu mencemerlangkan anak-anak dan mengharmonikan sekolah kerana sekolah merupakan rumah ke dua bagi anak-anak. Kami tidak membelanjakan wang yang di amanahkan sewenang-wenang. Jadi, kerjasama ibubapa sangat kami hargai.
Terima Kasih.
0 comments:
Post a Comment