1. Permohonan menerusi laman sesawang
Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel
Panduan Cara Permohonan Murid Tahun 1
1. Sila baca Tatacara dan
Panduan Permohonan dengan teliti dan memasukkan maklumat
permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul.
2. Setelah melengkapkan permohonan
secara online, ibu bapa / penjaga dikehendaki mencetak slip permohonan dan
senarai semak dokumen yang diperlukan melalui menu cetakan. Sila kemukakan
dokumen tersebut ke sekolah dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan yang akan
disahkan oleh pihak sekolah
3. Mulakan proses permohonan
melalui/klik menu PERMOHONAN ON-LINE Pemohon perlu mengesahkan dahulu
pilihan kewarganegaraan dan memilih Status Tempat Kelahiran (Dalam Negara atau
Luar Negara) Pilihan di Daerah, Jenis Sekolah Dipohon serta pengesahan status
Orang Kelainan Upaya (OKU) Semakan nama sekolah dan di daerah mana
sekolah dipohon berada, boleh dirujuk dengan menuliskan nama
sekolah pada Direktori Sekolah melalui pautan berikut: http://www.moe.gov.my/jpnselangor/jkict/indexTS.php
4. Sila masukkan data Maklumat Pemohon
dengan teliti terutama ketika mendaftarkan nombor MyKid. Masukkan Tarikh
Lahir dengan cermat mengikut urutan hari/bulan/tahun dengan merujuk dokumen
kelahiran yang sebenar. Lengkapkan semua ruang maklumat lain yang
diperlukan/berkaitan sehingga selesai. Sila semak semua maklumat
yang dimasukkan dengan teliti sebelum menekan butang Hantar. Lengkapkan
modul pemilihan sekolah dan modul berikutnya sehingga selesai dan laksanakan
cetakan borang.
5. Sistem akan menggunakan no
Mykid/Borang W sebagai Id pengguna untuk membuat semakan. Sila dapatkan dan
simpan No Pin dari cetakan borang yang telah lengkap. No Pin diperlukan
bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada
masa akan datang. Sila semak maklumat yang diisi dengan teliti dan buat
pembetulan yang perlu sebelum membuat cetakan.
6. Pemohon hanya perlu menghantar satu
(1) permohonan sahaja. Sistem membenarkan pindaan/ kemaskini maklumat
untuk 3 kali sahaja. Sila hubungi pihak sekolah sekiranya perlu sangat membuat
pindaan seterusnya.
7. Pemohon dinasihatkan supaya mencuba
capaian permohonan atas talian eSPPSEL pada waktu yang lain jika percubaan
pertama gagal atau sambungan ke sistem terputus. Ada kemungkinan berlaku
kesesakan laluan capaian kepada laman web tersebut.
8. Permohonan yang tidak lengkap atau
maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
Pemohon Hilang No Pin dan Mengalami Masalah Pendaftaran Online
Pemohon yang kehilangan No Pin atau
menghadapi masalah berkaitan dengan pendaftaran secara online, boleh merujuk
kepada sekolah yang dipohon. Sila kemukakan no Mykid/Borang W dan nama anak
ketika membuat urusan tersebut.
0 comments:
Post a Comment