Flash News
Mail Instagram Pinterest RSS

Pemohonan Bantuan (Donation) Buku Bahasa Inggeris untuk Ruangan Bahasa Inggeris di Pusat Sumber Sekolah



Pihak Sekolah kini sedang membina Bilik Bahasa Inggeris. Bilik ini akan dijadikan ruangan bagi perbincangan dan bacaan khusus untuk matapelajaran Bahasa Inggeris. Usaha mencantikkan dan mempelbagaikan bahan bacaan Bahasa Inggeris ini bertujuan untuk menarik minat untuk pelajar mendalami Bahasa Inggeris. Selain itu, ia juga akan digunakan untuk membantu guru-guru mengajar para pelajar dengan persekitaran yang lebih efektif.
Pihak sekolah telah memohon dana dari pihak PIBG untuk proses pengubahsuaian ruang. Namun, dana yang diperuntukkan hanya cukup untuk keperluan asas sahaja. Oleh itu, kami ingin mencadangkan setiap ibubapa memberi bantuan 1 buku Bahasa Inggeris dari setiap keluarga bagi mencapai matlamat diatas. Buku yang diperlukan hanya buku yang ditahap pra-sekolah dan mudah bagi tahap awal. Buku tidak semestinya baru. Kami juga mengalukan buku lama yang masih boleh digunapakai semula.
Selain sumber bacaan seperti buku, kami amat mengalukan pihak ibubapa agar dapat memberi sumbangan lain seperti sumber bacaan dinding, majalah, langsir, karpet, televisyen, projector dan apa-apa jua peralatan yang difikirkan perlu.
Sekiranya ada pihak ibubapa yang mempunyai kenalan badan atau organisasi yang boleh memberi sumbangan, diharap dapat memberi kerjasama. Surat permohonan boleh didapati melalui setiausaha PIBG.
Sumbangan BUKAN WAJIB (sekadar cadangan sahaja). Tetapi, bantuan ini sedikit sebanyak akan dapat membantu sekolah terutama membantu peningkatan pembelajaran anak-anak tuan/puan dalam usaha menguasai Bahasa dunia yang amat penting untuk masa hadapan.
Bantuan dari Ibubapa, sangat kami hargai. Terima Kasih










0 comments:

Post a Comment