Flash News
Mail Instagram Pinterest RSS

FORMAT BARU UPSR 2016



Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan media bertarikh 28 September 2015 telah mengumumkan format baharu peperiksaan pusat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan dilaksanakan mulai tahun 2016 Perkara itu merupakan format baharu bagi peperiksaan UPSR yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Ia selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksa­naan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), di samping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Asas Tinggi (KBAT)

Berikutan itu, calon UPSR bagi sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) akan memiliki enam hingga lapan gred dalam keputusan UPSR berban­ding sekarang lima hingga tujuh gred atau bergantung pada jumlah mata pelajaran yang diambil










Meskipun dengan format baharu, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan berpusat seperti tahun-tahun sebelumnya Bagi mereka yang mahu mendapatkan keterangan lebih lanjut ataupun meneliti format serta contoh instrumen UPSR mulai 2016 boleh berbuat demikian dengan melayari atau klik judul pautan  Format Dan Instrumen Contoh UPSR 2016

Pautan Sumber: mysumber.com



0 comments:

Post a Comment